THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

weLcOme to my blOg

KUALA KURAU

Friday, December 18, 2009

Jalan-jalan cari makan di Kuala kurau


  • Gerai Kari Ikan Semilang, Pesisir Sungai Kurau, Jalan Pantai, Kuala Kurau
  • Food Court MDK, Kuala Kurau

  • Gerai Kak Long ( hadapan Taman Permainan Kuala Kurau ) ( petang - malam sahaja )
    Restoran Chalet Kuala Gula

Ban pecah destinasi menarik..






Ban Pecah merupakan pantai nelayan tempat dimana para nelayan mencari rezeki. Kawasan sekitarnya terdapat sawah padi dan tidak jauh dengan laut. Ban Pecah juga dikenali sebagai Pantai Roboh. Pantai Ban Pecah turut menjadi tumpuan utama kaki pancing. Ikan yang paling popular dikalangan kaki pancing disini adalah ikan sembilang.
Selain daripada itu, pantai Ban Pecah juga turut terkena tempias bencana Tsunami dimana telah mengorbankan seorang mangsa dari penduduk kampung di sini.





Burung hijrah ke Kuala gula





Semasa musim penghijrahan antara Ogos dan setiap tahun April, lebih daripada 200,000 unggas menghijrah mewakili sebahagian 50 keping duit syiling sedang dianggar untuk berhenti di sini.
Terdapat juga pelawat lengkap dan informatif pusat-pusat di mana anda boleh mendapatkan program pendidikan terperinci dan mempamerkan, tumpuan yang pada kepentingan menjaga dan memelihara bakau ekosistem dan jumlah besar bagi pemastautin dan spesies unggas penghijrah.
Kuala Gula Bird Sanctuary telah memenangi "Tarikan Pelancong Terbaik (Tarikan Alam Semulajadi)" kategori semasa Malaysia Tourism Awards, satu anugerah berprestij menyampaikan kepada agensi-agensi dan organisasi-organisasi yang menyumbang untuk pembangunan pelancongan

Kegiatan :
KEGIATAN EKONOMI UTAMA
* Penanaman Padi
* Pekebun Kecil Kelapa Sawit
* Pekebun Kecil Kelapa
* Nelayan
* Buruh Upahan
* Peniaga Kecil-kecilan

KEISTIMEWAAN KUALA KURAU..



Dengan keadaan iklim tropika yang lembap (humid tropical climate)dan mempunyai sukaatan hujan yang boleh dikatakan tinggi dan perbezaan tempoh terang yang kecil membuatkan Kuala Kurau sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian, terutamanya tanaman padi.
Bentuk fizikal muka buminya juga, adalah datar dan rendah. Dengan sebab itulah kawasan tanahnya adalah amat sesuai ditanam dengan padi dan sebagainya.Sebahagian besar kandungan tanahnya terdiri daripada Tanah Lanar berasal dari laut iaitu sejenis yang melekat berwarna coklat menutupi tanah-tanih (subsoil) tanah liat yang berwarna hijau/kelabu. Semua tanah di mukim ini sesuai untuk tanaman padi dan usaha mempertingkatkan hasil pengeluarannya sehingga mencapai 5 tan metrik bagi satu hektar sedang giat dilaksanakan dengan menumpukan dan memperbaiki khususnya mengenai pengurusan air dan teknik pengurusan tanaman oleh pihak KSM, Pertanian dan JPS
.

MUKIM KUALA KURAU...

Kuala Kurau adalah sebuah pekan kecil yang terdapat dalam negeri Perak.
Kedudukannya yang amat strategi , membuatkan kawasan ini dijadikan petempatan pada zaman dahulunya.
Kini,Kuala Kurau adalah salah satu daripada 8 buah mukim dalam Daerah Kerian..
Kedudukannya yang terletak di sebelah barat daerah Kerian iaitu di bahagian pantai menghadap ke Selat Melaka. Ianya bersempadan dengan Mukim Parit Buntar (Pekan Jalan Baru) dan mukim Tanjung Piandang (Pt. Telok Pial & Pt. Tok Hin) di sebelah utara. Bersempadan dengan mukim Bagan Serai (Pt. Sg Dungun) di sebelah timur. Bersempadan dengan mukim Selinsing (Sungai Gula) di sebelah selatan. Bersempadan dengan Selat Melaka di sebelah baratnya.
Luas keseluruhan mukim Kuala Kurau ialah 45 batu persegi, atau 28,520 ekar (11,709.5 ha) mengandungi 12 buah kampung induk. Di tengah-tengah mukim ini mengalir Sungai Kurau sepanjang 16 km yang membelah mukim ini kepada dua bahagian (utara dan selatan) yang hampir sama keluasannya. Di bahagian utara mengandungi 11 buah kampung manakala di sebelah selatannya mengandungi sebuah kampung sahaja iaitu Kampung Kuala Gula

Salah satu kampung di Kuala Kurau..

Kampung Kedai Dua.


kampung Parit Hj Taib.

Sejarah kemunculan Kuala Kurau..........


sebelum saya ceritakan lebih lanjut tentang keunikan yang ada di sini ,saya ingin menceritakan serba sedikit tentang sejarah cam ne wujudnya kuala Kurau ni..Setiap sesesuatu yang berlaku pasti ada sejarah di sebaliknya.Berdasarkan kepada ingatan orang tua-tua diyakini bahawa ianya dibuka sekitar tahun 1800-an dahulu .Namun setakat ini belum dapat dikesan tarikh sebenar Kuala Kurau dibuka. Bermula daripada penghijrahan beberapa keluarga orang melayu Perak meneroka kawasan Kuala Kurau untuk bersawah dan menangkap ikan, maka sejak itu dari sehari ke sehari Kuala Kurau diteroka dan di banjiri pendatang dari pelbagai tempat dan kaum. Di zaman penjajahan Inggeris, Kuala Kurau dan sekitarnya diteroka dengan pesatnya untuk dijadikan ladang kelapa dan tebu. Orang-orang India di bawa masuk untuk bekerja di ladang dan orang-orang Cina datang membuka perniagaan dan perdagangan . Kuala Kurau semakin maju sehingga penjajah Inggeris menjadikannya sebagai sebuah pelabuhan import dan eksport yang lengkap dengan pejabat dan pegawai-pegawai kastamnya (Jabatan Shahbandar, Kuala Kurau). Terbitnya nama Kuala Kurau adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu Kuala kerana kedudukannya di Kuala (muara) sungai dan KURAU nama sejenis ikan(Ikan Kurau) yang termasyhur dan amat banyak terdapat dalam sungai tersebut di masa itu.



kawasan kuala kurau...