THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

weLcOme to my blOg

KUALA KURAU

Friday, December 18, 2009

KEISTIMEWAAN KUALA KURAU..



Dengan keadaan iklim tropika yang lembap (humid tropical climate)dan mempunyai sukaatan hujan yang boleh dikatakan tinggi dan perbezaan tempoh terang yang kecil membuatkan Kuala Kurau sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian, terutamanya tanaman padi.
Bentuk fizikal muka buminya juga, adalah datar dan rendah. Dengan sebab itulah kawasan tanahnya adalah amat sesuai ditanam dengan padi dan sebagainya.Sebahagian besar kandungan tanahnya terdiri daripada Tanah Lanar berasal dari laut iaitu sejenis yang melekat berwarna coklat menutupi tanah-tanih (subsoil) tanah liat yang berwarna hijau/kelabu. Semua tanah di mukim ini sesuai untuk tanaman padi dan usaha mempertingkatkan hasil pengeluarannya sehingga mencapai 5 tan metrik bagi satu hektar sedang giat dilaksanakan dengan menumpukan dan memperbaiki khususnya mengenai pengurusan air dan teknik pengurusan tanaman oleh pihak KSM, Pertanian dan JPS
.

0 comments:

kawasan kuala kurau...