THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

weLcOme to my blOg

KUALA KURAU

Friday, December 18, 2009

Sejarah kemunculan Kuala Kurau..........


sebelum saya ceritakan lebih lanjut tentang keunikan yang ada di sini ,saya ingin menceritakan serba sedikit tentang sejarah cam ne wujudnya kuala Kurau ni..Setiap sesesuatu yang berlaku pasti ada sejarah di sebaliknya.Berdasarkan kepada ingatan orang tua-tua diyakini bahawa ianya dibuka sekitar tahun 1800-an dahulu .Namun setakat ini belum dapat dikesan tarikh sebenar Kuala Kurau dibuka. Bermula daripada penghijrahan beberapa keluarga orang melayu Perak meneroka kawasan Kuala Kurau untuk bersawah dan menangkap ikan, maka sejak itu dari sehari ke sehari Kuala Kurau diteroka dan di banjiri pendatang dari pelbagai tempat dan kaum. Di zaman penjajahan Inggeris, Kuala Kurau dan sekitarnya diteroka dengan pesatnya untuk dijadikan ladang kelapa dan tebu. Orang-orang India di bawa masuk untuk bekerja di ladang dan orang-orang Cina datang membuka perniagaan dan perdagangan . Kuala Kurau semakin maju sehingga penjajah Inggeris menjadikannya sebagai sebuah pelabuhan import dan eksport yang lengkap dengan pejabat dan pegawai-pegawai kastamnya (Jabatan Shahbandar, Kuala Kurau). Terbitnya nama Kuala Kurau adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu Kuala kerana kedudukannya di Kuala (muara) sungai dan KURAU nama sejenis ikan(Ikan Kurau) yang termasyhur dan amat banyak terdapat dalam sungai tersebut di masa itu.



0 comments:

kawasan kuala kurau...